Monday, 1 October 2012

LAWATAN KE SABAH


Lawatan ke Sabah amat menyeronokkan rasa teruja bila menjejakkan kaki ke Sabah.Pertama kali  juga saya menaiki pesawat Air Asia ke Kota Kinabalu.Saya pergi bersama pensyarah saya dan juga kawan-kawan ada kawan yang tidak pergi atas sebab tertentu.Saya telah pergi melawat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya.Kedudukan sekolah ini di atas air.Rumah-rumah di situ semuanya di atas air.Keadaan sekolah itu amat daif.Elektrik tidak ada hanya menggunakan generator dan air di beli di daratan.Murid-muridnya amat susah.Mereka pergi ke sekolah menaiki bot.Saya pergi ke Pulau Gaya ni menaiki bot hanya 5 minit sahaja untuk sampai ke sekolah ini.Bot ini pun pertama kali saya naiki.Inilah pengalaman yang tak kan saya lupakan sampai bila-bila.

Sebelum ke Pulau Gaya

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya mendapat Book Of Record bendera Malaysia diatas air yang hanya menggunakan botol mineral

Friday, 21 September 2012

BATU SELAMBUT


Alatan:
1.Batu 5-10 butir
Cara bermain:
1.Jumlah anak batu adalah ditentukan oleh pemain. Jika sepakat, hendak menggunakan anak batu, maka permainan kali itu menggunakan 7 anak batu sahaja.
2.Setelah mengetahui giliran masing-masing, permainan pun dimulakan. Anak-anak batu yang tadinya berlonggok akan dikira.

3.Tujuannya adalah untuk memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. 

4.Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggil "ibu".

5.Khas di sini memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggik "ibu".



LEMPAR GETAH


Alatan:

1.Getah

Cara bermain:

1.Jumlah pemain tidak ditentukan, lebih ramai lebih bagus.
2.Kena sediakan gelanggang. Gelanggang ini ada 2 jenis: bulatan dan garisan. Namun, tujuan kedua-dua jenis gelanggang ini ialah tidak membenarkan pemain untuk memasuki gelanggang.
3.Paling sesuai dengan kanak-kanak gelangggang jenis bulatan.Membuat bulatan bukanlah payah. Apa yang diperlukan ialah sebatang kayu dan kawasan tanah yang lapang dan rata. 
4.Saiz diameter bulatan itu diantara 5-6 kaki. Pemain tidak dibenarkan memijak garisan atau memasuki gelanggang.
5.Dalam permainan ini, pemain perlu melemparkan getah gelang ke dalam bulatan. Ini dituruti oleh pemain kedua dan seterusnya kemudian kembali berulang kepada pemain pertama tadi.



MEMBUAT PERMINTAAN


Alatan:

Tiada

Cara bermain:

1.Berbual –bual tentang permintaan dengan kanak-kanak.

2.Pilih seorang kanak-kanak untuk menjadi pari-pari.

3.Berikan kepada kanak-kanak ini sebatang tongkat sakti.

4.Kanak-kanak ini akan mengetuk perlahan-lahan kepala seorang kanak-kanak dengan tongkat sakti untuk memberitahu bahawa masanya telah tiba untuk permintaan.

5.Pari-pari akan mengetuk perlahan-lahan kepala seorang kanak-kanak dan kanak-kanak ini akan membuat permintaan.

ENCIK ISNIN


Alatan:

Tiada

Cara bermain:

1.Main permainan ini dengan bertepuk tangan.

2.Kanak-kanak duduk dalam satu bulatan.

3.Mulakan permainan ini dengan berkata,

Encik Isnin,Encik Isnin,mainkan sebuah lagu untuk saya.
Encik Isnin,Encik Isnin,mainkan sebuah lagu untuk saya.
(tepuk tangan mengikut irama)

4.Mulakan irama yang mudah seperti bertepuk dua kali.Kanak-kanak mengulang mengikut gaya itu.

5.Kemudian kata,

Encik Selasa,Encik Selasa ,mainkan sebuah lagu untuk saya.
Encik Selasa,Encik Selasa ,mainkan sebuah lagu untuk saya.                                   

6.Tepuk mengikut gaya yang sama atau cuba gaya yang baru.Kanak-kanak mengulang mengikut gaya ini.

7.Teruskan dengan hari-hari yang lain dalam seminggu.Apabila kanak-kanak telah mengetahui permainan ini ,mereka akan mencipta gaya bertepuk sendiri.



NAMA SAYA...........


Alatan:

1.Bola

Cara bermain:

1.Suruh kanak-kanak duduk dalam satu bulatan.

2.Golekkan sebiji bola kepada seorang kanak-kanak.

3.Apabila kanak-kanak tersebut memegang bola itu ,dia akan berkata ,”Nama saya……………dan ia bermula dengan huruf…………….”

4.Kanak-kanak itu akan menggolekkan kembali bola itu kepada seorang kanak-kanak yang lain dan ulang permainan ini.

5.Selalu suruh kanak-kanak menggolekkan bola itu kembali kepada anda.

HUJAN SEDANG TURUN


Alatan:

Tiada

Cara bermain:

1.Bahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan.

2.Satu kumpulan menjadi hujan dan satu kumpulan menjadi matahari.

Hujan:Hujan sedang turun
Matahari: Matahari sedang bersinar
Hujan:Hujan sedang turun
Matahari: Matahari sedang bersinar
Hujan:Hujan sedang turun
Matahari: Matahari sedang bersinar
Hujan:Hujan sedang turun,tap,tap,tap
Matahari: Matahari sedang bersinar,sungguh panas,sungguh panas

3.Mula-mula suruh kumpulan matahari berkata dengan kuat dan kumpulan hujan berkata dengan perlahan.

4.Kemudian suruh matahari  berkata dengan perlahan dan hujan berkata dengan kuat.

MEMBILANG PERGERAKAN


Alatan:

Tiada

Cara bermain:

1.Suruh semua kanak-kanak berdiri.

2.Berikan arahan untuk bergerak.

Lompat satu kali
Loncat satu kali
Jengket satu kali
Pusing empat kali
Jalan lima kali

3.Teruskan memberi arahan sehingga sepuluh.

NOMBOR TIGA DUDUK


Alatan:

Tiada

Cara bermain:

1.Suruh kanak-kanak berdiri dalam satu bulatan.

2.Suruh mereka membilang satu,dua,tiga.                

3.Suruh kanak-kanak yang menyebut nombor tiga duduk.

4.Kanak-kanak yang lain akan terus membilang satu,dua,tiga sekali lagi.

5.Teruskan permainan sehingga kanak-kanak semua duduk.

MELOMPAT MENCARI WARNA


Cara bermain:

1.Beritahu kanak-kanak bahawa apabila anda berkata “mula “,anda mahu mereka menyentuh  seberapa banyak benda-benda berwarna biru di dalam bilik yang mereka boleh mencari.

2.Mereka mesti melompat ke arah benda yang berwarna biru itu.

3.Kata “berhenti”.                                                                  

4.Suruh kanak-kanak itu menamakan semua benda berwarna biru yang mereka telah sentuh.

5.Main permainan ini dengan menggunakan sebarang warna  yang anda suka.

KERETA API HARI JADI


Alatan:

Tiada

Cara bermain:

1.Suruh kanak-kanak membuat bulatan.

2.Pegang tangan seorang kanak-kanak .

3.Berjalan sekeliling dalam bulatan dengan kanak-kanak itu sambil kanak-kanak yang lain berkata beramai-ramai:

Naiklah keretapi  hari jadi,
Naiklah keretapi hari jadi,
Apakah yang kamu mahu untuk hari jadi?
Naiklah keretapi hari jadi.

4.Berhenti di hadapan seorang kanak-kanak.

5.Suruh kanak-kanak itu memberitahu apa yang dia mahu untuk hari jadinya.

6.Selepas itu,ajak kanak-kanak itu menyertai keretapi hari jadi.

7.Teruskan menyanyi lagu itu beramai-ramai sehingga semua kanak-kanak mendapat giliran untuk memberitahu apa yang mereka mahu untuk hari jadi mereka.

8.Sebuah keretapi yang besar akan terbentuk apabila permainan ini tamat.

HARI JADI SAYA


Alatan:

Tiada

Cara bermain:

1.Kanak-kanak suka bercakap tentang hari jadi mereka.

2.Kanak-kanak yang pertama akan berkata,”Pada hari jadi saya,saya mahukan anak patung”.

3.Kanak-kanak yang kedua,”Pada hari jadi saya,saya mahukan anak patung dan sebuah basikal”.

4.Kanak-kanak yang ketiga akan mengulangi ayat yang sama dan menambahkan dengan benda yang ketiga .

5.Permainan ini sungguh mencabar dan melucukan.

PATUNG ISTIMEWA


Alatan:

Tiada

Cara bermain:

1.Pilih seorang kanak-kanak untuk menjadi ketua.

2.Ketua berjalan disekeliling bilik dengan diikuti kanak-kanak lain .

3.Tiba-tiba ketua berpaling ke arah kanak-kanak dan menyebut nama seekor binatang ,misalnya “buaya”.

4.Semua kanak-kanak mesti berlagak menjadi seperti seekor “buaya” dan tidak bergerak-gerak.

5.Ketua mula berjalan semula kemudian berpaling dan berkata “katak”.Semua kanak-kanak mesti berlagak sebagai seperti seekor katak dan tidak bergerak.

6.Setelah itu,pilih kanak-kanak lain menjadi ketua.



SEEKOR IKAN


Alatan:

Tiada

Cara bermain:

1.Suruh kanak-kanak membuat satu bulatan.

2.Pilih seorang kanak-kanak untuk menjadi seekor ikan.Kanak-kanak ini akan berdiri di tengah bulatan .

3.Suruh kanak-kanak menjadi ikan membuat muka seperti “ikan”sementara kanak-kanak lain menyanyi lagu

1,2,3,4,5,
Saya tangkap seekor ikan hidup ,
6,7,8,9,10,
Kami lepaskan ikan itu semula.

4.Sambil kanak-kanak itu berkata”Kami lepaskan ikan itu semula,”buka bulatan dan benarkan itu “berenang” keluar.

5.Pilih seorang kanak-kanak lain untuk menjadi ikan.



SEEKOR LEMBU KECIL MEMAKAN RUMPUT


Alatan:

Tiada


Cara bermain:

1.Pilih lima orang kanak-kanak untuk menjadi lembu.

2.Berbual tentang perkara –perkara yang dilakukan oleh setiap lembu.

3.Seekor lembu memakan rumput dan kanak-kanak berpura-pura memakan rumput.

4.Seekor lagi lembu memakan rumput kering dan kanak-kanak berpura-pura memakan rumput kering.

5.Seekor lembu meminum air dan kanak-kanak ini berpura-pura meminum air dari baldi.

6.Seekor lembu lagi pergi dan kanak-kanak ini akan berlari di sekeliling padang.

7.Lembu yang kelima baring sepanjang hari dan kanak-kanak ini akan berbaring di atas padang.

8.Apabila anda berkata “kejar dia”,”kejar dia”,kanak-kanak yang kelima akan bangun dan berlari di sekeliling padan sementara kanak-kanak yang lain akan mengejarnya.

ITIK,ITIIK,ANGSA


Alatan:

Tiada

Cara bermain:

1.Suruh kanak-kanak duduk dalam satu bulatan dan pilih salah seorang kanak-kanak untuk memulakan permainan ini.

2.Kanak-kanak ini akan berjalan di sekeliling bulatan dan mengetuk kepala kanak-kanak yang lain sambil berkata “itik”.

3.Apabila dia mengetuk kepala seorang kanak-kanak dan berkata “angsa”,kanak-kanak ini akan bangun mengejar kanak-kanak pertama tadi untuk menangkapnya.

4.Jika kanak-kanak tadi duduk di tempat kosong sebelum dia ditangkap,kanak-kanak yang dketuk kepalanya tadi akan mengambil tempatnya.



MELOMPAT RIANG


Alatan:

1.Kad huruf "L"

2.Kad huruf "D"

3.Kad huruf  "B"

Cara bermain:

1.Sediakan kad-kad yang bertulis satu huruf di atas setiap kad .

2.Tunjukkan kepada kanak-kanak kad yang bertulis huruf “L”.

3.Suruh mereka melompat setiap kali melihat huruf “L”.

4.Tunjukkan kepada mereka kad yang bertulis dengan perkataan “Lompat” supaya mereka dapat melihat bahawa perkataan “lompat” bermula dengan huruf “L”.

5.Tunjukkan satu kad abjad pada satu masa.

6.Tunjukkan huruf “L” selepas tiga atau empat kad.

7.Main permainan ini menggunakan satu huruf yang lain seperti huruf yang lain seperti “D” untuk duduk dan “B” untuk berdiri.

BERJALAN TALI REGANG


Alatan:

1.Tali

2.Pita penutup

3.CD lagu instrumental

Cara bermain:

1.Bercerita kepada kanak-kanak tentang tali sarkas.

2.Tanya mereka samaada mereka pernah melihat seorang pejalan tali tegang.

3.Lekatkan satu jaluran panjang pita penutup di atas lantai.

4.Suruh kanak-kanak berpura-pura menganggap pita penutup itu tali tegang.

5.Tunjuk kepada kanak-kanak cara untuk berjalan dengan berhati-hati di atas tali tegang   dengan meletakkan sebelah kaki di hadapan sebelah kaki yang lain.

6.Mainkan muzik instrumental dan biarkan kanak-kanak berpura-pura berjalan di atas tali tegang.

Tuesday, 18 September 2012

Menghantar Bola

  • Suruh kanak-kanak berbaris dalam satu barisan .
  • Berikan bola kepada kanak-kanak yang pertama.
  • Kanak-kanak yang pertama tadi akan menggolekkan bola melalui kakinya hingga ke belakang garisan .
  • Apabila bola itu sampai kepada kanak-kanak terakhir dia akan memberi bola kepada kanak-kanak di hadapan melalui atas kepala. 
  • Keseronokkan permainan ini adalah untuk melihat betapa pantas kanak-kanak boleh menghantar bola kepada rakan-rakan mereka.
  • Katakan "bersiap sedia,mula" dan mula mengira.
  • Setiap kali kanak-kanak mengulangi permainan ini ,mereka akan menghantar bola dengan lebih pantas.


Melompat Nombor


  • Lekatkan pita penutup ,lurus di atas lantai sepanjang beberapa meter.
  • Buatkan kad dan tulis satu nombor di atas setiap kad
  • Lekatkan nombor-nombor itu pada pita penutup mengikut turutan dalam satu garisan.
  • Beri arahan kepada seorang kanak-kanak pada setiap masa.
  • “Loncat ke nombor tiga .Lompat ke nombor tujuh” dan sebagainya.
  • Apabila kanak-kanak sudah faham,biarkan mereka memberi arahan kepada kawan mereka.



 


Pengenalan Tabika


Pembinaan kompleks ini bertujuan memberi keselesaan kepada anak-anak TLDM.Sejarah penubuhan kelas TABIKA yang beroperasi di bawah kelolaan BAKAT LAUT.Seterusnya,pentadbiran diserahkan kepada pihak  KEMAS pada tahun 1987 yang ditempatkan sementara di Banglo 58 dan Banglo 65.
Kemudian pada tahun 1990 TABIKA KEMAS TLDM dipindahkan ke Blok A 21 yang hanya ada 12 kelas.Sekarang 2012 TABIKA KEMAS TLDM telah dipindahkan ke Kompleks Pra Sekolah yang mempunyai 20 buah kelas.Mempunyai kanak-kanak seramai 432 orang.