Friday, 24 May 2013

KITAR SEMULA BERSAMA KANAK-KANAK PRASEKOLAH




Selama lebih 4 minggu baru kita akan mendapat hasil untuk mengitar semula barang-barang terbuang.
Minggu 1 – PENGHASILAN
Menghasilkan bekas-bekas pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.Ia adalah untuk memupuk kesedaran kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Bekas-bekas dihasilkan daripada kotak-kotak yang diwarna dan dilabelkan seperti berikut:
·         Coklat = untuk barangan kaca
·         Biru = untuk barangan kertas
·         Oren = untuk barangan tin aluminium
Pada minggu pertama ini , kanak-kanak akan diberi pendedahan tentang ketiga-tiga bahan ini dari segi penggunaan dan kesannya kepada masyarakat dan alam sekitar. Disamping mendatangkan kesedaran tentang bahayanya kesan ketiga-tiga bahan ini, sikap tanggungjawab dapat dipupuk serta diterapkan dalam diri kanak-kanak.
Kanak-kanak umpama span yang senang menyerap air, segala informasi yang diberikan kepada kanak-kanak akan diingat dan dilakukan jika diberi peluang dan latihan yang secukupnya.
Minggu 2 – PENGUMPULAN
Selama lima hari dalam minggu ini, kanak-kanak diminta membawa bahan buangan dari rumah masing-masing.  Kanak-kanak akan mengumpul seberapa banyak bahan buangan yang boleh dikitar semula bersama rakan-rakan. Bahan buangan yang perlu dikumpul ialah tin aluminium, botol kaca dan kertas.
Guru memainkan peranan sebagai agen kitar semula iaitu setiap hari mengingatkan murid-murid agar mengutip bahan buangan yang ingin digunakan dalam program ini.
Dalam proses ini, kanak-kanak diajar untuk menjaga kebersihan bahan buangan seperti mengemekkan tin-tin air, membuang air didalam botol-botol kaca serta melipat kertas dengan baik dan mengikatnya agar kelihatan kemas. Amalan ini akan mengelakkan kekotoron,bau dan juga elakkan kehadiran serangga seperti semut dan juga lalat.
Proses diminggu kedua ini dapat memupuk sikap displin dan amanah di dalam diri kanak-kanak. Jika proses ini sering dilakukan oleh kanak-kanak ianya akan menjadi rutin sehingga kanak-kanak dewasa kelak.
Minggu 3 – PENGELASAN
Pada peringkat ini, kanak-kanak diberi tanggungjawab untuk mengelaskan bahan-bahan buangan ke dalam bekas-bekas yang telah dihasilkan pada minggu pertama tadi.Kanak-kanak akan diberi peluang meletakkan sendiri bahan-bahan yang telah dikumpul mengikut pengelasan masing-masing.
Aktiviti ini memupuk sifat kesabaran kepada kanak-kanak kerana mereka akan memilih dan mengelaskan bahan buangan tersebut.Kerjasama antara kanak-kanak ini akan membantu kelancaran program yang telah dirancang ini.
MInggu 4 – PENGHANTARAN
Setelah selesai melalui ketiga-tiga peringkat di atas, tibalah masanya untuk menghantar semua bahan buangan yang telah dikelaskan ke pusat kitar semula  yang berdekatan.
Kesimpulan
Program ini banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak dan alam sekitar. Adalah lebih baik jika semua prasekolah kerajaan dan swasta mengadakan program ini kerana akan dapat membantu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Hasil daripada program kitar semula ini, kanak-kanak akan dapat memahami konsep menjaga alam sekitar dan  sedar tentang tanggungjawab sebagai ahli masyarakat dalam menyumbang kepada keindahan alam serta persekitaran sihat. Kanak-kanak juga akan mengamalkan kitar semula sebagai amalan di dalam kehidupan mereka hingga dewasa kelak. Akhirnya, masyarakat dapat hidup dalam persekitaran yang sihat dan nyaman.
 


KEAJAIBAN TELUR



Eksperimen ini berkaitan dengan udara.Udara adalah suatu yang tidak dapat dilihat dan dipegang didalam atmosfera. Udara ada dimana-mana iaitu didalam tanah, didalam air dan di sekeliling kita. Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas dan meneruskan kehidupan.
Eksperiment ini boleh dijalankan bersama-sama kanak-kanak prasekolah untuk membuktikan bahawa udara itu wujud di dalam air dan udara bergerak mengikut ruang,antara langkah-langkah eksperimen tersebut:
·         Bahan-bahan:
ü       2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus)
ü       Air paip
ü       Garam
ü       2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar
·         Cara-caranya:
a)    Isikan air paip kedalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas.
b)   Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan.
c)    Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau sehingga larut.
d)   Masukkan telur di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.
e)   Kemudian masukkan telur ke dalam bekas B dan lihat apa yang terjadi.
·         Hasilnya:
Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelas
Gelas B : telur terapug dipermukaan gelas.
       Mengapa fenomena ini terjadi?
Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana banyak garam dilarutkan semakin mudah bagi objek melayang di dalamnya. Ketika saya menurunkan telur ke dalam cecair itu perlahan,  telur akan terus melalui air masin, pada air garam yang telah larut ini mempunyai berat yang melebihi dari berat air dan ini   menyebabkan telur melayang dan terapung dipermukaan air garam tersebut.
Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM ARCHIMEDES…
”Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami gaya ke atas yang besarnya sama dengan berat zat cair yang dipindahkan.”
Contoh yang berkaitan denga realiti kehidupan ialah laut mati yang berada di israel, apa saja yang berada di atasnya pasti terapung kerana di laut mati kadar garamnya sangat tinggi dan tepu. Jadi, zarah-zarahnya mampat dan udara tidak dapat menembusi garam tersebut.
Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas jadi telur itu tenggelam hingga ke dasar gelas dengan senang dan cepat. Begitu juga dengan tanah, tanah mempunyai berat, jadi apa-apa hidupan yang teperangkap didalam tanah tidak boleh hidup kerana udara tidak boleh menembusi ruang-ruang tanah yang terlalu mampat.
Kesimpulannya, berat dan kandungan sesuatu objek itu mempengaruhi oleh pergerakan udara dan kemampatan udara dimana-mana sahaja.


EKSPRIMEN AISKRIM GOYANG.......



Eksperimen ini boleh dibuat bersama kanak-kanak prasekolah……
Cara-caranya ialah…………
·         1  kotak kecil susu (apa2 perisa pun boleh)
·         ½  bungkus garam
·         1 bungkus ais batu ( kat 7 Eleven tu)
·         Zip plastic  ( palstik yg boleh seal tu) – satu kecik dan satu besar
·         Suratkhabar
·         Tuala
·         Pita pelekat/ getah

2.  Tuangkan  susu dalam  zip plastic yang kecil. Pastikan seal betul-betul supaya tidak tumpah.


3. Masukkan ais kedalam zip palstik yang besar sebanyak  ½ plastic dan masukkan garam diatas ais tersebut sebanyak separuh dari jumlah garam tersebut.

4. Letakkan zip plastic yang kecil dan yang berisi air susu tadi. Tambahkan ais sehingga ¾ penuh zip palstik tadi dan masukkan kesemua baki garam tadi kedaam zip plastic yang besar dan sela kannya. Pastikan seal dengan baik. 

5. Balutkan dengan suratkhabar dan lekatkannya supaya bungkusan itu nampak benar-benar padat. 

6. Balutkan dengan tuala dan bentukkan seperti pembalut gula-gula.

7..Sekarang masanya untuk mengoyang… suruh anak-anak murid anda mengoyangkannya selama 10 ke 15 minit.


8.Buka dan lihat hasilnya….jadi tak?!!!!!

SELAMAT MENCUBA…………….