Friday, 24 May 2013

KEAJAIBAN TELUR



Eksperimen ini berkaitan dengan udara.Udara adalah suatu yang tidak dapat dilihat dan dipegang didalam atmosfera. Udara ada dimana-mana iaitu didalam tanah, didalam air dan di sekeliling kita. Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas dan meneruskan kehidupan.
Eksperiment ini boleh dijalankan bersama-sama kanak-kanak prasekolah untuk membuktikan bahawa udara itu wujud di dalam air dan udara bergerak mengikut ruang,antara langkah-langkah eksperimen tersebut:
·         Bahan-bahan:
ü       2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus)
ü       Air paip
ü       Garam
ü       2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar
·         Cara-caranya:
a)    Isikan air paip kedalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas.
b)   Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan.
c)    Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau sehingga larut.
d)   Masukkan telur di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.
e)   Kemudian masukkan telur ke dalam bekas B dan lihat apa yang terjadi.
·         Hasilnya:
Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelas
Gelas B : telur terapug dipermukaan gelas.
       Mengapa fenomena ini terjadi?
Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana banyak garam dilarutkan semakin mudah bagi objek melayang di dalamnya. Ketika saya menurunkan telur ke dalam cecair itu perlahan,  telur akan terus melalui air masin, pada air garam yang telah larut ini mempunyai berat yang melebihi dari berat air dan ini   menyebabkan telur melayang dan terapung dipermukaan air garam tersebut.
Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM ARCHIMEDES…
”Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami gaya ke atas yang besarnya sama dengan berat zat cair yang dipindahkan.”
Contoh yang berkaitan denga realiti kehidupan ialah laut mati yang berada di israel, apa saja yang berada di atasnya pasti terapung kerana di laut mati kadar garamnya sangat tinggi dan tepu. Jadi, zarah-zarahnya mampat dan udara tidak dapat menembusi garam tersebut.
Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas jadi telur itu tenggelam hingga ke dasar gelas dengan senang dan cepat. Begitu juga dengan tanah, tanah mempunyai berat, jadi apa-apa hidupan yang teperangkap didalam tanah tidak boleh hidup kerana udara tidak boleh menembusi ruang-ruang tanah yang terlalu mampat.
Kesimpulannya, berat dan kandungan sesuatu objek itu mempengaruhi oleh pergerakan udara dan kemampatan udara dimana-mana sahaja.


EKSPRIMEN AISKRIM GOYANG.......



Eksperimen ini boleh dibuat bersama kanak-kanak prasekolah……
Cara-caranya ialah…………
·         1  kotak kecil susu (apa2 perisa pun boleh)
·         ½  bungkus garam
·         1 bungkus ais batu ( kat 7 Eleven tu)
·         Zip plastic  ( palstik yg boleh seal tu) – satu kecik dan satu besar
·         Suratkhabar
·         Tuala
·         Pita pelekat/ getah

2.  Tuangkan  susu dalam  zip plastic yang kecil. Pastikan seal betul-betul supaya tidak tumpah.


3. Masukkan ais kedalam zip palstik yang besar sebanyak  ½ plastic dan masukkan garam diatas ais tersebut sebanyak separuh dari jumlah garam tersebut.

4. Letakkan zip plastic yang kecil dan yang berisi air susu tadi. Tambahkan ais sehingga ¾ penuh zip palstik tadi dan masukkan kesemua baki garam tadi kedaam zip plastic yang besar dan sela kannya. Pastikan seal dengan baik. 

5. Balutkan dengan suratkhabar dan lekatkannya supaya bungkusan itu nampak benar-benar padat. 

6. Balutkan dengan tuala dan bentukkan seperti pembalut gula-gula.

7..Sekarang masanya untuk mengoyang… suruh anak-anak murid anda mengoyangkannya selama 10 ke 15 minit.


8.Buka dan lihat hasilnya….jadi tak?!!!!!

SELAMAT MENCUBA…………….



Wednesday, 20 March 2013

SAYANGILAH MATA ANDA

Akibat terlalu obses untuk memiliki sepasang mata yang cantik.Akhirnya kena berbelanja beribu ringgit untuk kembali sediakala.Disebabkan membeli kanta lekap atau contact lense yang terlalu murah hanya RM 25 sahaja.Mempunyai pelbagai warna yang dijual di pasaran.Kebersihan adalah aspek yang paling penting dalam pemakaian kanta lekap kerana mata sangat sensitif dengan kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang serius.  

Kesan akibat kanta lekap

1.IRITASI
Maksudnya kegatalan.Disebabkan jangkitan mata yang boleh mengakibatkan  buta.

2.PENGURANGAN OKSIGEN


Mata memerlukan oksigen.Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutamanya pada waktu pagi.


3.MATA MERAH


Tanda awal mata akan menjadi merah.Ini kerana mata sudah di jangkiti kuman.Jika kuman sudah dijangkiti dalam masa 24jam selaput mata boleh bertukar menjadi warna putih.


mata yang rosak akibat kanta lekap
mata asli tanpa kanta lekap



Tuesday, 19 March 2013

JADUAL GAJI BAGI KAKITANGAN AWAM

Ini adalah jadual gaji kakitangan awam  bagi tahun 2013.Hujunng-hujung bulan ni baru teringat gaji dah nak habis.Ada yang makan dah makan maggi,nasi dengan telur dan sebagainya.


Jadi boleh la nak bajet nak beli apa bila dah dapat gaji.....he..he..

CARA MAKAN BUAH-BUAHAN

Makan buah-buahan dengn cara yang betul adalah tidak menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut.Buah harus dimakan semasa perut tengah kosong.....ia memainkan peranan untuk mendetoksifikasikan sistem badan anda termasuklah membekalkan sumber tenaga untuk menurunkan berat badan anda dan aktiviti lain.Jika anda makan nasi kemudian sepotong buah.Potongan buah itu sudah sedia untuk melalui perut terus ke dalam usus tetapi dihalang dari melakukannya.Ini kerana semua makanan membusuk ,ferments dan berubah menjadi asid.

Oleh itu makanlah buah-buahan anda dalam perut kosong atau sebelum makan anda......buah bercampur dengan makanan lain dan menghasilkan gas.Maka terjadilah rambut beruban ,botak,gugup,lingkaran hitam di bawah mata-semua ini tidak akan terjadi jika anda mengambil buah-buahan dalam perut kosong.Oleh itu,jika anda telah menguasai cara makan buah-buahan yang betul anda mempunyai rahsia kecantikan,umur panjang,kesihatan,tenaga,kebahagiaan dan berat badan normal.

Jangan makan buah-buahan matang kerana anda tidak mendapatkan nutrisi. Anda hanya boleh merasakannya. Jadi berhenti membuat ‘pisang goreng’ atau ‘bubur durian’ jika anda ingin nutrisi. Memasak menghancurkan semua vitamin.

Anda boleh membersihkan tubuh anda dalam masa 3 hari dengan memakan buah. Hanya makan buah dan minum jus buah selama tiga hari dan kamu akan terkejut ketika rakan anda memberitahu anda bagaimana anda tampak berseri-seri! 
                                                                     cara-cara membuat salad buah-buahan

Monday, 18 March 2013

SAYA SAYANG KAMU

Sambutan hari lahir bersama kanak-kanak tabika.Sungguh seronok mereka bila dapat menyambut hari lahir bersama kawan-kawan.








PIRAMID MAKANAN

hissh....  dah lama tak tulis blog sebab sibuk sangat  jadi dah ada masa terluang ini  saya nak  kongsikan cara menjaga pemakanan yang sihat. mestilah mengamalkan pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan.Kurangkan gula pada minuman dan maniskan muka dalam senyuman.


Kolestrol??adalah sejenis penyakit yang menyebabkan sakit jantung.Pada masa sekarang penyakit ini tidak mengenal usia samada tua atau muda.Penyakit ini boleh dikurangkan jika kita selalu melakukan senaman,mengamalkan pemakanan yang sihat serta menurunkan berat badan.Mungkin ada diantara anda semua yang malas untuk melakukan senaman.Senaman bukan saja berlari ,berjalan pun boleh untuk mengeluarkan peluh atau buat senaman aerobik di rumah.Penyakit ini terjadi adalah disebabkan pengumpulan kolestrol yang berlebihan ,plak dan lai-lain mendapan lemak di dalam pembuluh darah di jantung.Apabila pembuluh darah yang menyalurkan darah kepada jantung menjadi tersumbat sehingga darah tidak dapat mengalir ,serangan jantung akan terjadi.Oleh itu,sayangilah jantung anda.................